ANDA TIDAK DIGALAKKAN MEMBELI BUAH BUAHAN INI JIKALAU..

Anda tidak perlu lagi membeli buah buahan ini, walaupun halaman rumah yang sempit bukan alasan kepada yang pandai memanfaatkan kawasan halaman rumah.







Penanaman sayuran atau pokok buah buahan selain boleh menyediakan persekitaran yang indah dan menenangkan minda, secara langsung juga akan dapat menikmati kesegaran hasil dari tanaman sendiri.


Bijak menyusun atur ruangan sedia ada dan memanfaatkan sepenuhnya kawasan rumah untuk bercucuk tanam agar tanah lapang di belakang rumah ini tidak dibiarkan kosong.



Walaupun sebagai pemula, maklumat mengenainya bercucuk tanam ini mudah dicari dan banyak di Internet, bergantung kepada diri sama ada hendak atau tidak saja untuk mengusahakannya.

“Namun, apa yang memuaskan hati ialah apabila boleh makan sayuran yang bebas racun kimia dan pada masa sama dapat menjimatkan perbelanjaan.


Hobi ini juga bukan saja dapat mengisi waktu terluang, bahkan boleh jimat duit belanja membeli sayur-sayuran dan menyihatkan badan,” katanya.

beberapa tip berkebun antaranya memilih tanaman dan sayur-sayuran mudah hidup dan senang dijaga serta tidak memerlukan tanah luas untuk membesar misalnya pucuk manis, ubi kayu dan sayuran berdaun dan buah buahan lain.








Tanaman asas yang digunakan dalam masakan harian seperti kunyit, cili, lengkuas, serai, pandan dan daun kari adalah tanaman pilihan. Tidak perlu ditanam banyak, cukuplah sepokok kerana penggunaannya pun tidak banyak.


Tanaman jenis ini juga senang hidup dan boleh ditanam dalam pasu untuk menjimatkan ruang.


Usah bimbang jika tanah tidak subur kerana boleh tebus guna tanah dengan tanah campuran atau kompos yang banyak dijual di nurseri dan murah harganya.


(TIP MENDAPATKAN TANAMAN SUBUR)

https://siakapkeli.my/2024/11/07/tak-perlu-tanah-luas-tips-tanam-sayur-tembikai/


Ruangan kecil tidak menjadi masalah jika bijak menyusun atur tanaman dan jika tanah tidak cukup, barangan kitar semula boleh dijadikan bekas tanaman seperti botol pencuci pakaian untuk menanam sayur-sayuran. Hanya perlu tebuk beberapa lubang belakang bekas supaya air mengalir dengan baik dan tanaman subur.


“Boleh juga buat rak kayu di tepi pagar untuk meletak bekas tanaman bagi membesarkan ruang berkebun.

Perlu rajin menjaga tanaman dan jangan lupa menyiram tanaman setiap hari sama ada pagi atau petang, meletakkan baja, merumput dan menyembur racun serangga bagi mengelak tanaman diserang siput, kumbang atau kulat.


Catat Ulasan

0 Ulasan